Monday, April 27, 2009

K.E.N.T.U.T versi kelakar

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar t**k....

Thursday, April 23, 2009

Lost Puppy

my neighbor has lost her puppy and is desperate in finding him.

She does a lot of traveling and always brings her dog with her.


Yesterday, she was sitting on the sofa watching TV when she realized she hasn't seen her puppy in a while and can't even begin to think when or where she last saw him.

She has been putting up signs everywhere. (See below). If you have seen this dog, please let me know and I will notify her. Your help would be greatly appreciated.


Thanks in advance.


Sunday, April 19, 2009

kisah isteri dan hot dog

Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudah pun berkahwin, pada suatu hari,dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik. Padamhari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tumasuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dadamdia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dadamayam kat dia. Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia,pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawa suami dia. Soalannya ialah: Apakah isteri tu akan buat?





Fikirlah....









Fikir.......











Tak tau?








Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak BISU ..









Apa yang korang fikirkan ha?



MORAL: Tidak semua persoalan boleh diselesaikan dengan cara yang serupa

Kisah Seorang Penyelam....

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang di dalam laut.Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam.Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya.

Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter...orang yang tadi turut mengikutinya.Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan:

"Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?"Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: "Aku lemaslah...bodoh!"

hahaha...sekian tamat...lawak2!!!

Monday, April 13, 2009

jam dan orang asli

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya."OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tersepittttt... .!!"

Sunday, April 12, 2009

LAWAK SENGAL

Lawak 1
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....Si isteri bersuara….

"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,…

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.Lepas tu sambung tido balik.Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,….

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya,…. "Abang nak gi mana tu?"Dengan marah suaminya menjawab,"Nak gi amik gigi ...la ni"

Lawak 2
kisahnyer terjadi apabila seorang pemuda yang tinggal di bandar telah dikahwinkan dengan seorang gadis desa diatas persetujuan kedua2 belah pihak....gadis desa ini seorang yang penuh dengan sopan-santun dan tak pernah keluar dari kampungnya....pemuda bandar ini pula telah hidup sekian lama di bandar....maka bermulalah citer....selepas menjalani malam pertama perkahwinan ibu si gadis telah bertanya kpd anaknya

ibu : mcm mana dengan malam tadi?
gadis : saya merasa bertuah sangat bu..
ibu : kenapa pulak?
gadis : iyelah bu...saya ingatkan dia terdedah dengan hidup kota yang penuh maksiat..rupa2nya tidak..
ibunya kehairanan..lalu bertanya…..: apa maksudmu?
gadis : segala-galanya masih baru...cuba ibu bayangkan anunya masih berbungkus plastik lagi ketika kami bersama...
ibu : ( itu kondom la wahai anakku...kenapa bodo ko ni )

Lawak 3
Kabir dengan excited memberitahu ibunya yang dia telah menemui wanita idaman yang ingin dikahwininya. Lalu dia memberitahu ibunya, "Mak, saya dah jumpa perempuan yang saya cinta. Dia dah setuju nak mengahwini saya. Esok saya akan bawa dia ke rumah untuk jumpa mak... tapi saya nak mak teka siapa dia. Saya juga akan jemput 4 orang kawan perempuan saya yang lain. Mak kena teka yang mana satu pilihan saya antara mereka.""Ok," kata ibunya.

Esoknya seperti yang dijanji, Kabir membawa lima orang perempuan untuk makan-makan di rumahnya dan berjumpa dengan ibunya. Selepas mereka semua pulang, Kabir pun bertanya kepada ibunya, "Mak rasa, yang mana satu dari kawan-kawan saya tu tadi yang saya pilih?""Yang baju biru tu," jawab ibunya."Wah, mak ni terrer la. Betul! Macam mana mak tahu dia tu pilihan saya?" Kata Kabir yang kagum sebab ibunya dapat meneka dengan betul.

"Sebab perempuan tu yang mak paling tak berkenan!!" jawab ibu Kabir dengan muka yang mencuka.

Lawak 4
"Suatu hari Ali mengeluh sakit siku kepada ash. Ash menyarankan kepada Ali pergi membuat analisa penyakit menggunakan komputer doktor yang ada di farmasi. Komputer doktor tersebut boleh menganalisa penyakit lebih cepat dari doktor dan kosnya lebih murah dari doktor biasa."Cukup masukkan sampel urine dan komputer akan menganalisa masalah kamu lalu mengatakan pada kamu apa yang harus kamu lakukan. Kosnya cuma RM 10.00 saja."Ali berfikir tak ada salahnya dicuba, jadi dia mengisi botol kecil dengan sampel urine-nya dan pergi ke farmasi.

Melihat ada komputer yang dimaksud, Ali meletak urine-nya pada tempat yg dikhaskan dan memasukkan RM 10.00.Komputer lalu mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana-sini.

Setelah muncul bunyi BEEP, keluarlah kertas kecil hasil print yang menganalisa penyakit Ali, tertulis : "Penyakit di siku kamu kerana banyak bermain tennis. Bilaslah siku kamu dengan air panas. Jangan mengangkat beban yang terlalu berat. Semoga sembuh dalam masa dua minggu."Malamnya, Ali yang masih terkejut dengan kecanggihan teknologi komputer doktor itu berfikir bahawa dunia kedoktoran benar-benar mengubah zaman. Ali lalu terfikir apakah komputer itu boleh ditipu.

Lalu Ali membuat campuran dari air masak di rumahnya ditambah urine dari kambingnya, isterinya dan anak perempuannya. Lalu di atasnya, Ali menambah spermanya hasil masturbasi. Lalu Ali kembali ke farmasi tersebut, mencari komputer doktor, meletakkan campuran itu dan memasukkan RM 10.00.

Komputer mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana sini, lalu mengeluarkan printohut:"Air masak di rumah kamu terlalu dingin. Cubalah beli pemanas air. Kambing kamu kecacingan. Beri dia vitamin. Anak kamu menagih dadah. Masukkan dia ke pusat pemulihan. Isteri kamu hamil lagi, bayi kembar perempuan. Bukan hasil dari hubungan denganmu. Cari peguam. Dan kalau kamu tidak berhenti masturbasi, siku kamu tidak akan sembuh."

Lawak 5
Pada suatu pagi yang sunyi, terdengar suara harimau mengaum di dalam sebuah hutan. Rimau tu pun menghampiri seekor monyet kecil dan terus mengaum kuat lalu bertanya "Siapa yang paling hebat di dalam hutan ni?" Monyet yang ketakutan tu menjawab, "Engkau le rimau, takde siapa yang lebih hebat dari engkau."Harimau tu tersenyum dan terus berjalan megah di dalam hutan.

Ia terjumpa seekor rusa yang ketakutan dan mengaum kepada rusa tu pulak. "Siapa yang paling gagah di dalam hutan ni?". Rusa tu hampir nak terc*rit bila mendengar suara rimau tu tapi terus menjawab dengan suara tersekat-sekat "Err..err.. engkau, engkau rimau..kau pa pa pa paling gagah sekali dalam hutan ni."Harimau tersenyum dengan lebih lebar sampai la ia terjumpa dengan sang gajah yang tengah asyik makan dedaun pokok.

Harimau tu terus mengaum sekali lagi kepada gajah tu sambil berkata "Siapa yang paling kuat di dalam hutan ni?" Sang gajah terus berhenti makan dan membelit harimau tu dengan belalainya. Gajah tu mengangkat si harimau dan mencampaknya ke tanah. Kemudian sang gajah mengangkat harimau sekali lagi dengan belalainya dan mencampak harimau tu ke sebatang pokok.Harimau yang kesakitan tu bangun dan berkata "Adeh, ko ni... Kalau ko tak tau jawapannya pun, janganlah marah sampai macam tu sekali."

14 TEKA-TEKI YANG BERPOTENSI KENE LEMPANG....

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?>

Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?>

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?>

Answer: Kuih salah bikin..

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?>

Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?>

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya okey….

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?>

Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK' 7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?>

Answer: Usus

8) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?>

Answer: Neneknye si katak

9) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?>

Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'…miaaahahahahaha

10) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?>

Answer: Dua-dua tak kenal korang...muaahahahahah

11) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?>

Answer: Tahi hidung…tahi telinga dan yang sama waktu dengannya….

12) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?>

Answer: Dua-dua kalau dah 'kringggggg' bole diangkat...

13) Kenape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?>

Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...hehehe

14) Knape gunung berapi tak slalu meletup?>

Answer: mana aku tau......miaaaahahahahahaha