Lawak 1
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....Si isteri bersuara….
"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,…
"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.Lepas tu sambung tido balik.Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,….
"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya,…. "Abang nak gi mana tu?"Dengan marah suaminya menjawab,"Nak gi amik gigi ...la ni"
Lawak 2
kisahnyer terjadi apabila seorang pemuda yang tinggal di bandar telah dikahwinkan dengan seorang gadis desa diatas persetujuan kedua2 belah pihak....gadis desa ini seorang yang penuh dengan sopan-santun dan tak pernah keluar dari kampungnya....pemuda bandar ini pula telah hidup sekian lama di bandar....maka bermulalah citer....selepas menjalani malam pertama perkahwinan ibu si gadis telah bertanya kpd anaknya
ibu : mcm mana dengan malam tadi?
gadis : saya merasa bertuah sangat bu..
ibu : kenapa pulak?
gadis : iyelah bu...saya ingatkan dia terdedah dengan hidup kota yang penuh maksiat..rupa2nya tidak..
ibunya kehairanan..lalu bertanya…..: apa maksudmu?
gadis : segala-galanya masih baru...cuba ibu bayangkan anunya masih berbungkus plastik lagi ketika kami bersama...
ibu : ( itu kondom la wahai anakku...kenapa bodo ko ni )
Lawak 3
Kabir dengan excited memberitahu ibunya yang dia telah menemui wanita idaman yang ingin dikahwininya. Lalu dia memberitahu ibunya, "Mak, saya dah jumpa perempuan yang saya cinta. Dia dah setuju nak mengahwini saya. Esok saya akan bawa dia ke rumah untuk jumpa mak... tapi saya nak mak teka siapa dia. Saya juga akan jemput 4 orang kawan perempuan saya yang lain. Mak kena teka yang mana satu pilihan saya antara mereka.""Ok," kata ibunya.
Esoknya seperti yang dijanji, Kabir membawa lima orang perempuan untuk makan-makan di rumahnya dan berjumpa dengan ibunya. Selepas mereka semua pulang, Kabir pun bertanya kepada ibunya, "Mak rasa, yang mana satu dari kawan-kawan saya tu tadi yang saya pilih?""Yang baju biru tu," jawab ibunya."Wah, mak ni terrer la. Betul! Macam mana mak tahu dia tu pilihan saya?" Kata Kabir yang kagum sebab ibunya dapat meneka dengan betul.
"Sebab perempuan tu yang mak paling tak berkenan!!" jawab ibu Kabir dengan muka yang mencuka.
Lawak 4
"Suatu hari Ali mengeluh sakit siku kepada ash. Ash menyarankan kepada Ali pergi membuat analisa penyakit menggunakan komputer doktor yang ada di farmasi. Komputer doktor tersebut boleh menganalisa penyakit lebih cepat dari doktor dan kosnya lebih murah dari doktor biasa."Cukup masukkan sampel urine dan komputer akan menganalisa masalah kamu lalu mengatakan pada kamu apa yang harus kamu lakukan. Kosnya cuma RM 10.00 saja."Ali berfikir tak ada salahnya dicuba, jadi dia mengisi botol kecil dengan sampel urine-nya dan pergi ke farmasi.
Melihat ada komputer yang dimaksud, Ali meletak urine-nya pada tempat yg dikhaskan dan memasukkan RM 10.00.Komputer lalu mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana-sini.
Setelah muncul bunyi BEEP, keluarlah kertas kecil hasil print yang menganalisa penyakit Ali, tertulis : "Penyakit di siku kamu kerana banyak bermain tennis. Bilaslah siku kamu dengan air panas. Jangan mengangkat beban yang terlalu berat. Semoga sembuh dalam masa dua minggu."Malamnya, Ali yang masih terkejut dengan kecanggihan teknologi komputer doktor itu berfikir bahawa dunia kedoktoran benar-benar mengubah zaman. Ali lalu terfikir apakah komputer itu boleh ditipu.
Lalu Ali membuat campuran dari air masak di rumahnya ditambah urine dari kambingnya, isterinya dan anak perempuannya. Lalu di atasnya, Ali menambah spermanya hasil masturbasi. Lalu Ali kembali ke farmasi tersebut, mencari komputer doktor, meletakkan campuran itu dan memasukkan RM 10.00.
Komputer mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana sini, lalu mengeluarkan printohut:"Air masak di rumah kamu terlalu dingin. Cubalah beli pemanas air. Kambing kamu kecacingan. Beri dia vitamin. Anak kamu menagih dadah. Masukkan dia ke pusat pemulihan. Isteri kamu hamil lagi, bayi kembar perempuan. Bukan hasil dari hubungan denganmu. Cari peguam. Dan kalau kamu tidak berhenti masturbasi, siku kamu tidak akan sembuh."
Lawak 5
Pada suatu pagi yang sunyi, terdengar suara harimau mengaum di dalam sebuah hutan. Rimau tu pun menghampiri seekor monyet kecil dan terus mengaum kuat lalu bertanya "Siapa yang paling hebat di dalam hutan ni?" Monyet yang ketakutan tu menjawab, "Engkau le rimau, takde siapa yang lebih hebat dari engkau."Harimau tu tersenyum dan terus berjalan megah di dalam hutan.
Ia terjumpa seekor rusa yang ketakutan dan mengaum kepada rusa tu pulak. "Siapa yang paling gagah di dalam hutan ni?". Rusa tu hampir nak terc*rit bila mendengar suara rimau tu tapi terus menjawab dengan suara tersekat-sekat "Err..err.. engkau, engkau rimau..kau pa pa pa paling gagah sekali dalam hutan ni."Harimau tersenyum dengan lebih lebar sampai la ia terjumpa dengan sang gajah yang tengah asyik makan dedaun pokok.
Harimau tu terus mengaum sekali lagi kepada gajah tu sambil berkata "Siapa yang paling kuat di dalam hutan ni?" Sang gajah terus berhenti makan dan membelit harimau tu dengan belalainya. Gajah tu mengangkat si harimau dan mencampaknya ke tanah. Kemudian sang gajah mengangkat harimau sekali lagi dengan belalainya dan mencampak harimau tu ke sebatang pokok.Harimau yang kesakitan tu bangun dan berkata "Adeh, ko ni... Kalau ko tak tau jawapannya pun, janganlah marah sampai macam tu sekali."
15 years ago
No comments:
Post a Comment