Monday, January 19, 2009

kunci

Pada zaman dahulu ada seorang raja yang mempunyai isteri yang sangat cantik, ayu dan anggun, sapa tengok memang tangkap cintan abis.

Pada suatu hari raja nak pergi berperang beberapa ketika, nak ditinggalkan bini yang cantik takut di makan oleh menteri-menteri yang memang tak boleh pakai sangat. Fikir punya fikir, akhirnya raja dapat satu akal, dibuatnya cawat besi yang ada kunci untuk dipakai oleh isterinya itu. Sekarang hanya satu masalah yang timbul, pada siapa dia nak tinggalkan kunci tu sekiranya dia mangkat dimedan perang.

Pilih punya pilih akhirnya terdapat 4 menteri yang paling boleh dipercayai daripada puluhan menteri yang lain.Sekarang tinggal empat ni pun nak kena tapis lagi, dan angkat sumpah bahawa tiada siapa yang boleh menggunakan kunci tersebut kecuali jika baginda mangkat sahaja. Jadi menteri itu hanya memegang amanah untuk menjaga kunci itu sebaik mungkin dan tunggu sehingga raja kembali, dan serahkan kembali kepada raja.

Akhirnya daripada empat tu, dipilih lagi menjadi sorang sahaja, jadi seorang menteri yang terpilih tu, agak alim, sudah berumur dan tak pernah berbohong pulak serta sangat amanah, telah dipilih.Selepas menerangkan tanggungjawab tersebut, raja pun berangkat dengan hulu balang ke medan perang.Selepas satu hari perjalan, dan ketika raja serta para tenteranya sedang berehat dan melepaskan penat dibawah pokok, tiba-tiba dari kejauhan kelihatan seorang penunggang kuda sedang menuju ke arah baginda.

Bila semakin dekat dapat dikenali bahawa menteri tua yang diberi tanggung jawap itu telah datang, raja sangat terkejut…..

Raja: “Apakah gerangan wahai memanda menteri yang dipercayai datang mengadap beta dengan tergesa gesa ini?”

Menteri tua : “patik rasa tuanku salah bagi kunci…..”

Raja: “Cis, cinabeng punya menteri” ….. pianggggggg ggggg

(belum apa- apa dia dah cuba bukak cawat tu,….tak boleh pakai jugak)

No comments:

Post a Comment