Monday, January 19, 2009

lawak...lawak dan lawak lagi...hahaha

Lawak-1
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini...??Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.Penjual : Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Lawak-2
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,…kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“Sayang Tidak Bertambah Tua di Bahagian Atas”
“Sayang Cuma Bertambah Cantik di Bahagian Bawah”

Lawak-3

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.Ayah : Apa? Tidak boleh!..kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu…tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu….kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya…adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik)Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

No comments:

Post a Comment