Thursday, February 12, 2009

isshhh...dasar pompuan

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di sebuah workshop, dalam dok termenung menunggu kereta tiba-tiba kelihatan seorang gadis singgah dan bertanyakan tentang sebuah benda yang bernamatujuh-ratus-sepuloh(710).

Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, "Apa bendanya tujuh-ratus-sepuluh tu?"Gadis itu menjawab "Awak tahu kan , benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru."

Gadis itu menambah bahawa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710.Mekanik mengerutkan dahi tanda masih ragu-ragu.

Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas, dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta ini?". Gadis itu menuding jari sambil berkata...

"SUDAH TENTU LA ITU BENDANYA...!!!"

No comments:

Post a Comment