Sunday, February 15, 2009

teka teki latest edition....

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... ehemmm...!!! !

Soalan 1 Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. ..'


Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'

Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .' Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!

' Soalan Extra Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..

' 'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

1 comment: