Thursday, February 12, 2009

Rahsia menangkap ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...socrew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat.

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Siapa Ini?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin.

Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."

Dot Pi Dot Mai.

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya.
Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Salman menarik Roslan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Biar Benar?

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya."Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya."

"Tak... I janji tak marah," rayu Maria.
"Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm...satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita...lapan..."

TEMUDUGA SATU SOALAN

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....

"Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ........

isshhh...dasar pompuan

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di sebuah workshop, dalam dok termenung menunggu kereta tiba-tiba kelihatan seorang gadis singgah dan bertanyakan tentang sebuah benda yang bernamatujuh-ratus-sepuloh(710).

Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, "Apa bendanya tujuh-ratus-sepuluh tu?"Gadis itu menjawab "Awak tahu kan , benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru."

Gadis itu menambah bahawa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710.Mekanik mengerutkan dahi tanda masih ragu-ragu.

Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas, dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta ini?". Gadis itu menuding jari sambil berkata...

"SUDAH TENTU LA ITU BENDANYA...!!!"